Thursday 17 May 2012

UJI MINDA

1. Penetas benang digunakan untuk menetas jahitan. (Betul / Salah)

2. Pita pengukur digunakan untuk mengukur badan sahaja. (Betul / Salah)

3. Jahitan jelujur halus adalah berbentuk serong. (Betul / Salah)

4. Jahitan penyambung terdiri daripada tiga jenis jahitan. (Betul / Salah)

5. Jahitan kia boleh menggantikan jahitan mesin. (Betul / Salah)

Tuesday 15 May 2012

15.0 CARA MEMULAKAN JAHITAN TANGAN

  1. Jika menggunakan dua lapisan kain susupkan jarum melalui dua lapisan kain.Keluarkan jarum di mana mata jahitan akan bermula. 
  2. Mulakan dengan satu atau dua jahit kia. Kemudian barulan mulakan jahitan. 

21.0 PENYELENGGARAAN MESIN JAHIT


21.1 Meminyakkan mesin
Tujuan meminyakkan mesin jahit ialah:
i. Mencegah bahagian-bahagian mesin daripada berkarat
ii. Melicinkan bahagian-bahagian yang bergerak dan mengurangkan geseraan

20.0 SELEPAS MENJAHIT


a. Hentikan putaran roda imbang
b. Naikkan jarum mesin
c. Naikkan tuas angkat

19.0 SEMASA MENJAHIT


a. Letakkan fabrik di bawah penekan jahitan
b. Pusingkan roda imbang ke hadapan untuk memasukkan jarum ke dalam fabrik
c. Pastikan jarum tepat berada di tempat yang dijahit

18.0 PERSEDIAAN SEBELUM MENJAHIT MESIN

a. Menyediakan benang atas;
  1. Letakkan buku benang pada tiang benang
  2. Sediakan jarum mesin
  3. Masukkan benang ke bahagian ceper penegang benang

17.0 BAHAGIAN MESIN JAHIT


1.  Roda Imbang
     Kegunaan : Mengawal pergerakan mesin

Monday 14 May 2012

16.0 MESIN JAHIT


1. Jenis dan fungsi mesin jahit
i. Mesin jahit tangan;
    Mesin jahit lama. Menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang.


ii. Mesin jahit kaki;
    Mesin jahit yang murah dan popular, menggunakan kaki untuk memusingkan roda  
    Imbang.
iii. Mesin jahit elektrik;
     Mesin jahit yang menggunakan motor elektrik untuk memusingkan roda imbang
iv. Mesin jahit elektronik;
     Mesin jahit dikawal sebahagian fungsi dan pergerakannya oleh papan elektronik
     dengan menggunakan kuasa elektrik.


14.0 PERALATAN MENJAHIT

1.    Pembaris sesiku - Berbentuk L. Digunakan untuk membentuk sudut tepat.
2.    Pembaris lengkung - Untuk membentuk bahagian punggung dan lengan.
3.    Pembaris lurus - Untuk membuat garis lurus.

13.0 PERATURAN

Peraturan yang perlu diikuti sebelum menjahit :
  1. Gunakan mata jahitan yang betul untuk kerja yang hendak dibuat
  2. Gunakan saiz jarum dan jenis benang yang betul untuk kain yang digunakan.
  3. Pegangkan kain dengan betul.

12.0 JAHITAN HIASAN

  1. Jahitan sulaman (krostis)
  2. Jahitan quilting
  3. Jahitan tampal hias


11.0 JAHITAN LILIT UBI

Prosedur:
  1. Jahitan dimulakan dari kanan ke kiri.
  2. Jarum diletak tegak kepada fabrik dan hujung jarum menghala ke arah penjahit.
  3. Jahit seakan melilit fabrik.

10.0 JAHITAN SILANG PANGKAH

Kegunaan;
  • Sebagai jahitan pengemas untuk menetapkan kelepet, lipatanatau mengemas tepi kain.

9.0 JAHITAN INSANG PARI

Kegunaan:
  • Untuk mengemas tepi kain atau basi kain
  • Untuk ulat-ulat 

8.0 JAHITAN SEMBAT

1. Kegunaan jahit sembat;
  • Untuk mengekalkan lipatan atau kelepet misalnya lipatan pita, lapik tampal dan ikatan pinggang.

7.0 JAHITAN SEMBAT SUSUP

1. Cara menjahit;
  • Dijahit dari kanan ke kiri di sebelah dalam (S.D.) kain.
  • Mulakan dengan jahit kia di bawah Iipatan.

6.1.1 JAHITAN KIA

1. Kegunaan jahit kia:
  • Untuk menyambung kain bagi menggantikan jahitan mesin.
  • Untuk memula dan mengakhiri mata jahitan.

6.1 JAHITAN PENYAMBUNG

  1. Jahitan kia
  2. Jahitan halus
  3. Jahitan mesin

6.0 JAHITAN KEKAL

  1. Jahitan penyambung
  2. Jahitan pengemas
  3. Jahitan hiasan

5.0 JELUJUR PANJANG PENDEK

5.1 Kegunaan jelujur panjang;
  • Untuk menetapkan kelepet, kocek dansebagainya sebelum jahitan kekal dibuat
  • Untuk menandakan kedudukan sesuatubahagian dan garis tengah hadapan dan belakang

4.0 JELUJUR TAK SAMA

4.1 Kegunaan Jelujur tak sama :
  • Untuk menetapkan kedudukan kelepet, kelim dansebagainya sebelum dijahit kekal.
  • Ia tidak begitu kukuh dan senang dicabutkan.

3.0 JELUJUR HALUS

3.1 Kegunaan jelujur halus
  • Untukmenyambungkan dua atau lebih kepingan kain jika tidak ada mesin jahit 

2.0 JENIS-JENIS JAHITAN

2.1 Jahitan Sementara
Jelujur sama panjang, jelujur panjang pendek, jelujur tegak, jelujur dan jahitan tanda

1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras berunsurkan teknologi di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.

Game For Fun